Thursday, 17 September 2009

Ampun dan Maaf di Aidilfitri

Sekadar untuk memanaskan badan (kerana saya akan kembali menulis selepas Aidilfitri ini), saya tampalkan catatan saya dalam facebook mengenai AMPUN DAN MAAF yang sedang bertaburan di setiap ceruk dan ruang sehingga saya tidak dapat melihat apa-apa nilai lagi dalam ucapan Ampun dan Maaf itu kecuali yang datangnya dengan penuh rasa ikhlas yang sudah tentu kita dapat merasakan keikhlasan tersebut. Ini yang saya catatkan;

Maka berhamburanlah AMPUN & MAAF bersulam kata manis dan sesekali dihiasi pula titis air mata; lebih dramatik lagi dipersembahkan dengan nada kata penuh kesal dan tersekat-sekat dalam sebak rasa sebagai satu proses untuk melapangkan dada. Dan sipenerima pun penuh percaya tanpa memikir bahawa sipemohon itu akan mengulang kesilapan yang sama selesai Ramadhan dan hari lebaran ini. Cis!

Selamat menyambut Aidilfitri.

2 comments:

rObOt said...

Assalammualaikum :)
terima kasih sbb sudi komen di blog karya robot :)
bot tak sempat habis baca lagi entry encik shah, tapi janji akan cuba baca semuanya :)
umur en shah sebaya gn ayah bot,tapi ayah bot tak pandai berblogging ;)
boleh tak panggil en shah, Abah? lebih mesra, dan bot ingin sungguh berkongsi ilmu dengan Abah :) mesti banyak pengalaman kan. sungguh bertuah rasa dpt berkenalan :)

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Tak ada salahnya Bot nak panggil abah. Lagi selesa dan abah teruja dapat anak angkat seorang lagi. Nak kongsi pengalaman memang banyak, insyaAllah.
Salam untuk anak abah.