Friday, 19 September 2008

Tentang Rasa

Dalam saya mencari sesuatu yang hilang, yang pernah seketika saya lupakan, yang kadang-kadang juga membuatkan sesak dada dan ada kalanya nafas terhenti seketika, ada dua perkara yang menarik hati saya.
Pertama, satu blog usahawan Melayu yang terlibat dalam penternakan kambing dengan serius dan daripada apa yang saya baca memang dia salah seorang penternak berjaya. Pada kepala blog itu ada satu catatan menarik. Begini bunyinya;

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,...kemana hilangnya sinar...Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Saya melihat pada diri dan pada alam sekeliling. Memang sudah lama Allah menyembunyikan matahari. Apakah Allah juga akan menghadiahkan pelangi kepada saya?

Kedua, sekali lagi budak Kikiey memberi komen. Katanya dia terharu sebab namanya ada dalam entri.
Saya tak kenal siapa Kikiey. Kalau boleh saya mahu mengenalinya lebih dekat. Mungkin jumpa di Laman Santai atau di wakaf Aris Aziz dan Sani Sudin. Di situ lebih santai. Kadang-kadang Rahimidin Zahari dan Sutung Umar Rs pun selalu singgah.
Mengenai komen Kikiey, lalu saya menjawab, saya yang sebenarnya lebih terharu kerana orang macam Kikiey pun memberi perhatian pada blog saya yang tak seberapa ini.
Kata saya lagi, sungguhpun kadang-kadang berbeza zaman mungkin kita punya "rasa" yang sama yang menemukan kita semua di sini.
Semoga saya tidak mengecewakan Rahimidin kerana saya masih mampu menulis walaupun beberapa baris nota pendek.

5 comments:

ZulDeanz said...

Saya tertarik dan seronok membaca tulisan saudara di blog ini. Bila buku saudara akan diterbitkan?...

kikiEy said...

:]

sbb kte pnya deria yg same:]
glad 2 hear dat.
tapi mase tidak mengizinkan.

ayah saya kwn pkck rahimidin.
maybe dari situ kita boleh berkenal-kenalan:]

Rahimidin Z said...

Tuan, harus terus menulis. Kalau kelapangan jom la kita pergi UUM, meraikan tuan Dinsman dianugerahkan Sarjana Persuratan pada 18 Oktober nanri. Pertama kali Universiti mengiktiraf orang teater, walaupun DBP tak pernah calonkannya untuk SEA Write, meskipun beliau mantan pegawai DBP.

shaa said...

singgah salam. saya suka karya encik (maaf, saya tidak tahu nak guna kata ganti nama yang mana satu ; encik, tuan, dll) :D izinkan saya meng-link kan blog encik ya? :)

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Salam Zuldeanz,
terima kasih. Tentang nak terbit buku kalau ada ihsan kawan-kawan membantu mungkin tahun depan kot.
Terima kasih atas perhatian.
Untuk kikiey, kalau ayah kawan pak cik rahimidin, pasti tak lama lagi dia jadi kawan pak cik Shah.
Sdr Rahimidin,
memang ingin sekali saya nak ke UUM tapi untuk sama-sama meraikan Dinsman, malangnya 17, 18 dan 19 saya dipanggil Kem Sumber Manusia utk jadi panel NOSS. Kecuali ada perubahan tarikh, insyaAllah.
Untuk Shaa,
panggil apa saja asal selesa.
Nak meng-link kan apa salahnya. TErima kasih,