Wednesday, 3 September 2008

Merajuk Seni

Tiba-tiba nafas bagaikan terhenti. Banyak sebabnya. Antaranya, alam sekeliling yang ada kala begitu merimaskan sehingga memaksa saya melihat semula lirik lagu Kehidupan nyanyian Kopratasa yang dipinjam daripada puisi Dinsman.

Di tengah-tengah kehidupan
sampai ke pinggir-pinggirnya
sampai ke dasarnya meneroka
setiap lorong dan liku
setiap padang dan lobang menyelongkar memeriksa
ke jantung ke nadi
ke lembah ke gunung belantara
ke jalan raya

ke muara samudera ke hulu
ke ruang persembunyian
ke taman larangan dengan pintar akal
dengan tajam penciuman
terang mata telinga halus rasa renung
dengan sikap yang berani
yakin diri dan tabah hati

memerhati kehidupan
memerhati kejadian
mencari kebenaran dan keadilan
di tengah-tengah kehidupan

Agak lama saya berada di dalam lagu itu, berada di tengah-tengah kehidupan. Bila berada di situ. rupa-rupanya bukan mudah mahu keluar semula.

Nota kaki:
Setelah sekian lama tidak ke wakaf Aris Aziz dan Sani Sudin kerana "Merajuk Seni," semalam saya menelefon Rahimidin. Dia ada bertanya kenapa sudah lama blog ini sepi.
Susah nak jawab kerana ada satu catatan penting mengenai konvo anak di UIA pun masih tak tertulis.
S. Amin Shahab minta tolong sesuatu pun masih belum tertunai sejak Rabu lalu. Amin baru balik dari London menyertai Minggu Malaysia yang dengar khabarnya turut menyesakkan nafas juga. Malam minggu pun dah tak ke Laman Santai lagi. Selepas bercakap dengan Rahimidin saya menghubungi Sani Sudin.

Selama menyepi, beberapa kali saya bertemu Usop. Kami sama-sama meneroka setiap lorong dan liku, setiap padang dan lobang menyelongkar memeriksa ke jantung ke nadi, ke lembah ke gunung belantara, ke jalan raya, ke muara samudera, ke hulu, ke ruang persembunyian, ke taman larangan....

(Bukan mudah kalau pernah berguru dengan Dinsman. Inilah jadinya..).

Saya juga ada bertemu Zul Ramli, salah seorang anggota Dewangga Sakti. Pertemuan diatur oleh Hamdan, sahabat lama yang sama bersekolah di Tg Malim dan Seremban. Rupa-rupanya Zul juga bekas pelajar SDAR tetapi jauh lebih muda daripada saya dan Hamdan. Tak lama selepas itu Hamdan menghadiahkan saya sekeping CD Dewangga Sakti. Menarik, boleh pergi jauh kalau mereka mahu.
Saya juga terkejut kerana ada gadis bernama KikiEy mengirim komen ke blog ini. Bunyi macam seorang lagi orang seni tapi daripada bidang kejuruteraan. Terima kasih KikiEy. Be a good girl, jangan nakal..

8 comments:

dewangga sakti said...

Salam Abg Mohd Shah,
Selamat berpuasa.

Zul

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Terima kasih Zul. Selamat berpuasa. Ada show kat mana Ramadhan ni?

dewangga sakti said...

Oh!Ramadhan ni ada beberapa show.
Saya main three-piece(gambus,violin,percussion) di The Curve pd 7,14,27 & 28 jam 5ptg.
Dewangga Sakti pula ada beberapa show lain pd 10 & 24 Sept jam 1ptg di Maju Junction.20 dan 26 Sept di Amcorp Mall-siang juga.Masa saya kena check dulu.
dkt Amcorp ni best pasal boleh pergi flea market hari Ahad 20hb tu. :)
Kalau ada kesempatan boleh lah kita bertemu.

dannalli said...

Mohd Shah dan Zul, ucapan Selamat Berpuasa. Tak menjenguk kesini maklumlah tak terluang di Ramadhan Kareem ini, kenalah dahulukan apa yang perlu didahulukan kerana datangnya hanya setahun sekali.

Bukan itu sahaja, US Openpun setahun sekali juga, selepas jam 7.15 tadi pagi.. AlhamduliLLAH sudah selesai disebabkan perlawanan akhir lelaki terpaksa ditunda petang Senin kerana hujan di F.Meadow, NY.

Ada saya kirimkan 2 keping CD yang sama kepada Sdara Shabery Cheek. Agar dapat disiarkan distesen bawah kawalan beliau. Saya telefon Wisma Radio Jumaat lalu utk susulan,diberitahu yang beliau diluar KL, agaknya selepas menziarah AlMarhum TS A.Samad Ismail. Hanya akan balik pada tanggal 11 hb.nanti.

Akan saya cuba kawan lama dan juga tennis opponent semasa di ITM dulu Sdr Burhan di ASTRO kalau2 beliau boleh beri ruang siaran utk keudara sebagai peluang untuk anak2 muda ini.

kikiEy said...

terharu nama saya di tulis di entri ini:]

saya bukan orang seni,tapi mahu menuju ke arah itu,

ikut jejak langkah ayah saya.

trimas atas nasihat anda.

saya budak baik,xkan nakal2:]

kikiEy said...

salam ramadhan:]

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Saya patut lebih terharu kerana orang macam Kikiey memberi perhatian pada blog ini.
Sungguhpun kadang-kadang berbeza zaman mungkin kita punya "rasa" yang sama yang menemukan kita semua di sini.
Terima kasih dan salam ramadhan/selamat membeli belah untuk Aidilfitri.

kikiEy said...

yup,

kte pny rasa yang sama kerna kita pnya deria yng same.:]