Saturday, 8 March 2008

Pening Lalat - Kenduri aqiqah


Pada 3 Mac lalu saya ke Paya Rumput, Melaka menghadiri kenduri aqiqah anak kepada adik ipar saya. Kenduri tersebut dibuat di kampung mentuanya.

Sedang saya, isteri, adik ipar dan juga abang ipar saya bersembang, tiba-tiba datang biras saya (isteri kepada adik ipar saya) membawa sekeping kertas dan pen. Dia terus duduk di sebelah abang ipar saya. Pada mulanya saya tidak begitu jelas apa yang mereka bincangkan. Kemudian baru saya terdengar. Rupa-rupanya biras saya itu cuba mendapatkan nama-nama datuk, nenek, ibu dan ayah isteri saya untuk disebut dalam upacara doa selamat yang akan diadakan. Nampaknya ada sedikit kekeliruan berlaku mengenai “bin ibu” kerana abang ipar saya terlupa beberapa nama. Lalu kesilapan itu dibetulkan isteri saya. Sedang mereka sibuk berbincang itu tiba-tiba saya menyampuk,
“Alah, apa nak susah-susah? Sebut aje ibu, bapa, datuk dan nenek kami. Tak payah risau pasal nama dan “bin ibu.” Kalau sebut aje macam tu dah cukup. Tuhan tau siapa mak bapak dan datuk nenek kita. Takkan kalau tak sebut nama Tuhan nak bagi kat mak bapak orang lain atau datuk nenek orang lain.”

Semua terdiam. Kemudian saya lihat ada yang tersenyum. Adik ipar saya ketawa berdekah-dekah. Seperti biasa, isteri saya memberi komen (mungkin untuk mengawal keadaan supaya tidak ada yang berkecil hati dengan kenyataan saya yang kadang-kadang boleh membuat orang pening lalat itu), “Alah Abah ni, janganlah loyar buruk pulak.”

Saya bukan loyar buruk. Saya rasa saya bercakap mengenai perkara yang betul. Biarlah apa orang nak kata atau orang nak rasa. Saya rasa itu memang betul. Perkara yang mudah kenapa perlu disusah-susahkan? Kenapa nak dirisaukan kerana kita seolah-olah tak percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui. I think that’s very insulting. (Mulalah saya nak cakap orang Putih ni..).














Ilya dalam pelukan Mak Ngahnya (nama sebenar saya tak ingat kerana terlalu panjang).

No comments: