Tuesday, 18 March 2008

Catatan Peribadi 1

Catatan peribadi di bawah merupakan salah satu posting terpilih yang saya tulis untuk SDARA e-group (e-group bekas pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak) bertarikh seperti di bawah. Catatan ini telah disunting tetapi keaslian maksud kandungannya tetap terpelihara – Mohd Shah Ibrahim.

Original Subject: [sdar] CATATAN PERIBADI
Original Sender: "Mohd Shah Ibrahim" <shanym@pd.jaring.my>
Original Date: Mon, 27 Sep 1999 02:00:02 -0700

Original Message follows...

Sejak mula berkenalan dan setelah berkahwin selama dua puluh dua tahun, sudah menjadi amalan saya dan isteri memberi kad ucap selamat untuk hari jadi dan ulang tahun perkawinan kami. Amalan ini seterusnya diikuti kedua-dua anak kami dan mereka kerap teruja apabila sesuatu tarikh itu hampir tiba.

Kami sekeluarga mempunyai enam sambutan dalam setahun iaitu hari jadi saya, hari jadi isteri saya, hari jadi Kakak (Kak Yong), hari jadi Adik (Baby), hari ulangtahun perkahwinan 10 Ogos (mengikut kalendar orang putih) dan 25 Syaaban (mengikut kalendar Islam).

Beberapa hari lepas saya menyambut hari jadi ke 43. Seperti biasa kad akan diberi kepada tuan punya diri pada waktu pagi. Dan seperti diduga pada awal pagi keesokan harinya saya menerima tiga kad berasingan. Isteri saya dan Baby meletakkan kad mereka di atas TV di ruang tamu manakala Kakak meletakkannya di atas meja berhampiran pintu depan. Pagi itu saya tidak terus membuka kad-kad tersebut sebaliknya membawa kad-kad itu ke pejabat.

Seperti biasa, kad isteri saya mengandungi ayat-ayat yang membuatkan saya ”smonel" seketika (istilah yang digunakan budak-budak Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang bermaksud emosional) yang bermula dengan "To My One and Only" dan diakhiri dengan "Forever Yours."

Baby pula walaupun bakal mencapai usia 14 tahun beberapa bulan lagi tetapi masih tidak berubah dengan selera keanak-anakannya. Kadnya mengandungi gambar beruang memegang iklan akhbar berbunyi;

"Wanted: DAD. Long hours, little time off. Must be willing to work weekends, holidays and vacations. Energy, imagination, intelligence, understanding, endurance and flexibility required. Must have leadership qualities and the ability to instruct coupled with warm personality. On the job training provided." Di muka dalam kad ditulis "Thanks for taking the job, Dad!”

Sayang selalu, Baby @ adik.

Kak Yong, yang sudah berusia 15 tahun dan akan menduduki PMR pada tahun ini memberi sesuatu yang agak memeranjatkan saya. Bila membaca kandungan kadnya saya tersenyum sendirian. Dia memilih kad berbunyi begini;

"Dad, you're one of a kind". Di dalamnya tertulis, "So if I'm a little unusual myself, remember I got it from you!"

With love, Kak Yong.

Kalau tak silap saya pernah menulis tentang perkara ini tidak berapa lama dulu. Anak-anak itu adalah cermin diri kita. Dan pada 24 Sept lalu, tanpa disangka anak sulung saya membangkitkan perkara yang sama.

mohdshah6974.

No comments: