Wednesday, 27 February 2008

Lagi tentang “Saya Tak Ada MBA”

Katanya, petang itu (Sabtu lepas) dia baru saja selesai menghadiri satu mesyuarat di Taman Setiawangsa. Oleh kerana terdapat sedikit masalah teknikal, dia terpaksa meninggalkan mesyuarat tersebut dan seperti biasa bila teringatkan kami dia terus singgah.

Zu (nama sebenar Zuraidah Mohamad, pengetua Sekolah Menengah Perempuan Jalan Kolam Air) seorang ex-TKCian yang merupakan classmate isteri saya sejak Tingkatan 1. Dia seorang old girl yang cukup aktif dalam OGA, mengenali ramai old girls daripada yang muda hingga yang tua dan rajin menziarah kawan-kawan. Kalau datang ke rumah kami dia tak pernah segan masuk terus ke dapur dan duduk makan-minum sambil bersembang di situ. Bukan sesuatu yang pelik juga bila saja teringat mahu menziarah kami dia akan datang tanpa memberi notis. Pernah sekali dia dan room-matenya Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Utusan Melayu), hanya setelah berada di depan pagar rumah kami baru teringat untuk menelefon. Rupa-rupanya pada masa itu kami sekeluarga berada di Kulim.

Semasa kami bersembang, bila dia menyebut kenal baik dengan bekas pengetua SDAR semasa saya di Tingkatan 5 iaitu Datuk Rahman Yeop, saya memberitahunya bahawa semasa di sekolah dulu saya memang agak rapat dengan pengetua saya itu,

“Just wait for my book to be published, hopefully next year. I wrote something interesting about my relationship with him.”

Kemudian dia bertanya, "What's the book all about?"

Saya menjawab, “It’s all about wrong decisions.”

“Wow!” Kata Zu, “Hey, you know what. Some people were saying, what’s happening in the country now is due to wrong decisions. Do you agree?” bunyinya seperti dia mau mengumpan saya untuk memberi komen tentang senario politik masakini.

“No, I’m not talking about "other things." I’m writing about wrong decisions in life,” jawab saya tegas.

Saya harap Zu dan Nasir Ali akan membaca buku itu nanti. Itu pun kalau buku itu jadi diterbitkan. Semuanya ada kaitan dengan apa yang saya turunkan di bawah;

One of the hardest things in life
is to make “the right” wrong decision.
But mind you, although wrong decisions
can make life miserable,
sometimes they can also take you
to beautiful destinations.
It’s a very slow journey,
and of course unbearably painful.


-Son of Abraham (sayalah tu…).

No comments: