Thursday, 14 February 2008

Dari Restoran Banglo No 6, Jalan Stonor

Terang cahaya KLCC
dan sinar neon
di Jalan Stonor
serta deruan kereta
dan hilai tawa manusia
dari sebuah restoran
banglo usang

tidak mungkin dapat
menyembunyikan
derita sepi sekeping hati
yang lama sudah
tidak bergetar
dan dadanya berdebar

8 Ogos 2003

Hari itu Jumaat malam. Di Restoran Bon Ton ada beberapa tempahan khas. Bilik-bilik belakang penuh dengan manusia. Seronok sekali bunyi hilai tawa mereka.
Di bahagian depan tidak begitu ramai pelanggan. Di salah satu meja duduk seorang wanita. Agak lama juga saya perhatikan dia berada di situ keseorangan. Entah siapa agaknya yang ditunggu.
Bila saya lalu di lorong menuju ke bilik anjung, saya mencuri pandang. Nampak seperti dia baru lepas menangis, dirundung kesedihan.
Sementara menunggu kawan yang hanya akan tiba lewat tengah malam, lalu saya tulis sajak ini.

No comments: